Kolumunis

Ahmad Baei Jaafar
(Ketua Editor Majalah Fardu Ain)

Berasal dari Permatang Pauh, Pulau Pinang dan kini menetap di Selangor. Mendapat pendidikan agama peringkat menengah di Madrasah Faqiyatid Daemiah dan Madrasah Islamiah Al-Mashoor, Pulau Pinang. Beroleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK), Nilam Puri. Antara buku tulisan beliau adalah; 600 Jawapan Kemusykilan Agama, 600 Jawapan Kemusykilan Agama Wanita, 300 Jawapan Kemusykilan Agama Wanita, Panduan Solat Sunat dan Panduan Kesempurnaan Solat. Beliau juga sehingga kini merupakan Penolong Pendaftar Nikah di Kariah Taman Putra Perdana, Puchong.


Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid

Berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan kini menetap di Subang Jaya, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi pada tahun 1967 dan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di Universiti al-Azhar, Mesir pada tahun 1975. Pada tahun 1985, beliau meneruskan pengajian master Pemikiran Islam di Universiti Malaya. Pernah menjadi pensyarah di Fakulti Usuluddin, Universiti Malaya dan Profesor Madya dalam bidang Pemikiran Islam sehingga sekarang. Antara buku tulisan beliau adalah Tajdid; Perspektif Sejarah dan masa Kini, Islam Hadhari Wahana Ilmu Untuk Kecemerlangan Umat Di Malaysia, dan banyak lagi.



Mohd Dzul Khairi Mohd Noor

Berasal dari Kelantan dan kini menetap di Selangor. Beliau mendapat pendidikan di Maahad Tahfiz Pulai Condong dan kemudian melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin. Beliau juga merupakan Ketua Syubban Persatuan Ulama Malaysia dan Pengerusi Youth Centre for Political Education. Minat mendalami kitab-kitab agama membuatkan beliau menjadikan penulisan sebagai alternatif untuk menyampaikan dakwah.





1 comment:

  1. salam pihak Majalah Fardhu Ain,
    Saya ingin bertanya?
    Bagaimana cara hendak menjadi salah seorang penyumbang sebagai penulis bagi majalah ini?
    Sekian, TK.

    Yang benar,
    Pensyarah Kanan UPNM
    (hasanalbanna@upnm.edu.my)

    ReplyDelete